Asysyam

“Sesungguhnya berbahagialah orang yang mensuciikan jiwanya, dan sungguh merugilah orang yang mengotori jiwanya”

Jumat, 18 Maret 2011

Terima Kasih Rembulan..

Malam ini..

Ku lihat cahaya mu seakan akan menyepi..

Yang kelihatan..

Hanyalah cebisan-cebisan cahaya..


Cuma nampak dari pandangan sisi..

Akan tetapi amat sedikit sekali..

Mengapa ya rembulan ?

Mengapa amat sukar sekali..

Mengapa amat sukar melihat cahaya mu yang beseri seri ?

Adakalanla ku berfikir sendiri..

Berfikr tentang salah silap diri..

Berfikir akan keadaan manusia zaman kini..

Berfikir akan akhirat yang bakal menanti..

Semua itu berlegar legar di benak ku ini..

Mungkin kau ingin menegur kami..

Mungkin jua kau ingin menyedarkan hati hati kami..

Dengan memalapkan cahaya mu ini..

Dapat kami memuhasabah diri..

Dapat kami sedarkan jiwa jiwa kami..

Yang selama ini asyik terbuai dengan mimpi mimpi..

Terbuai dengan mimpi yang tak pernah menjadi realiti..

Sering saja menipu diri kami..

Atau mungkin juga kau ingin mengetuk hati hati kami..

Yang selama ini asyik mengejar duniawi..

Sampai terlupa akan perintah Illahi..

Sehingga mengenepikan suruhan Nabi..

Yang batil dijulang tinggi..

Dan yang hak dibuang saja ke tepi..

Tanpa mengambil kisah soal hidup dan mati..

Seolah olah hidup ini tiada ketika untuk henti..

Menganggap dunialah yang kekal abadi..

Atau..

Mungkin jua kau ingin menasihati kami..

Agar sentiasa mensyukuri nikmat nikmat Illahi..

Kerana sering saja kami tidak ambil peduli..

Akan segala nikmat yang telah diberi..

Menganggap seolah olah semua itu suatu pemberian..

Walhal ianya adalah satu kerahmatan..

Dan sesungguhnya ..

Allah hanya mahu menguji..

“Bersyukurkah hambaKu ini ?”

Jika tidak..

Rasailah azab Ku yang amat pedih..

Di akhirat nanti..

Terima kasih ya rembulan..

Kemalapan cahaya mu ini..

Memberi seribu satu erti..

Dengan ini..

Dapat kami memuhasabah diri..

Yang kadang kalanya..

Selalu berangan angan tinggi..

Sehinggakan terlupa..

Kami sedang berpijak pada dunia realiti..

Dan bukan lagi sebuah mimpi..

Di mana semuanya dinilai Illahi..

Baik dan buruk,

Semuanya akan dikira sekali..

Andai yang baik melebihi..

Pasti..

Pasti akan tersenyum syukur kepada Illahi..

Dan andai yang buruk pula melebihi..

Neraka Jahanam lah yang akan didiami..

Sedarlah wahai diri..

Hidup ini hanya sekali..

Tidak akan kembali lagi ke bumi setelah mati..

Gunakanlah setiap saat yang diberi..

Dengan perkara perkara yang berkualiti..

Agar kelak tiada menyesal diri..

Ketika saat kau berjumpa dengan Rabbi..

Tidak ada komentar:

Cari Blog Ini