Asysyam

“Sesungguhnya berbahagialah orang yang mensuciikan jiwanya, dan sungguh merugilah orang yang mengotori jiwanya”

Sabtu, 29 Januari 2011

Menyingkap Tabir Bahagia

Jadikanlah hidup ini kerana Allah, nescaya kamu akan dapati hidup ini selalu indah.
    Jadikan segala yang kamu lakukan dalam kehidupan adalah kerana Tuhan, nescaya
    kamu akan merasai hidup ini hanyalah suatu perjalanan menuju sebuah kehidupan
    yang lebih membahagiakan.


    Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kita menjalani hidup ini
    untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kita. Apa yang kita ingin
    lakukan kita ukur redha manusia dan kebencian mereka. Ia membuat kita
    menjalani sebuah kehidupan yang penuh pendustaan.


    Setinggi mana usaha kita untuk membuatkan seluruh manusia redha kepada kita,
    nescaya pasti ada yang tidak berpuas hati dengan segala tindakan kita. Kita tidak
    akan dapat membuat seluruh manusia berpuas hati dengan apa yang kita lakukan untuk manusia redha kepada kita. Bahkan, tujuan
    hidupmu bukan untuk itu. Manusia tidak pernah menentukan tempat kesudahannya
    di akhirat kelak.


    Jalanilah kehidupan ini kerana Allah swt. Itulah tujuan kita dihidupkan di bumi ini.
    Lakukanlah apa yang kamu lakukan dalam kehidupan kerana Allah swt. Jadikanlah
    ukuran hidupmu hanya redha Allah swt. Tumpukanlah perhatianmu terhadap
    pandangan dan redha Allah swt. Oleh yang demikian, hatimu mudah terarah dalam
    menjalani kehidupan ini.

Tidak ada komentar:

Cari Blog Ini